19.11.08

Pertandingan sempena Anniversary blog RACUN DUNIA KISAH BENAR

Pada 27 November 2008, blog RACUN DUNIA KISAH BENAR akan menyambut ulang tahun yang pertama. sempena menyambut ulang tahun yang pertama ini, saya akan mengadakan sebuah pertandingan.
Format pertandingan ini ialah hantarkan satu esei 1000 patah perkataan dengan tajuk "Penyalahgunaan dadah dan kesannya terhadap masyarakat".
Esei boleh dihantar secara elektronik melalui e-mail saya "hubahuba23 [at] gmail [dot] com" (tukarkan [at] kepada "@" dan [dot] kepada ".") beserta maklumat iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, email, nombor telefon, dan alamat rumah(untuk memudahkan urusan penghantaran hadiah). 2 esei terbaik akan memenangi sebuah buku RACUN DUNIA KISAH BENAR setiap pemenang.
Pertandingan ini terbuka kepada semua masyarakat malaysia. Esei pemenang akan disiarkan di blog ini untuk tatapan umum. tarik tutup penyertaan ialah 31 Disember 2008.
Keputusan pengadil adalah muktamad. sebarang bantahan tidak akan dilayan.
untuk pertanyaan lanjut letakkan sahaja komen anda di entri ini atau hubungi saya.

No comments: