17.7.09

Cetakan Baru

Racun Dunia sekarang dalam proses untuk cetakan baru. type setting buku sedang diubah. tidak lama lagi, racun dunia yang berwajah baru akan menemui anda semua. tunggukan kemunculannya nanti.

Buat masa ini, penulis sedang giat menjalankan aktiviti-aktiviti ceramah disekolah-sekolah dan memenuhi jemputan ceramah seluruh Malaysia. Jika anda berminat untuk menjemput penceramah, boleh tinggalkan pesanan disini.

Modul ceramah terbahagi kepada 2 modul, Modul Pelajar dan Modul Masyarakat. Modul pelajar tertumpu kepada bahaya dadah dan gejala sosial manakala Modul Masyarakat ditambah dengan Sejarah Malaysia.

Racun Dunia berusaha untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah dan gejala sosial disamping memupuk rasa cintakan negara bersesuaian dengan konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-6 kita, Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak.

Bebaskan diri anda dari dadah!

19.11.08

Pertandingan sempena Anniversary blog RACUN DUNIA KISAH BENAR

Pada 27 November 2008, blog RACUN DUNIA KISAH BENAR akan menyambut ulang tahun yang pertama. sempena menyambut ulang tahun yang pertama ini, saya akan mengadakan sebuah pertandingan.
Format pertandingan ini ialah hantarkan satu esei 1000 patah perkataan dengan tajuk "Penyalahgunaan dadah dan kesannya terhadap masyarakat".
Esei boleh dihantar secara elektronik melalui e-mail saya "hubahuba23 [at] gmail [dot] com" (tukarkan [at] kepada "@" dan [dot] kepada ".") beserta maklumat iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, email, nombor telefon, dan alamat rumah(untuk memudahkan urusan penghantaran hadiah). 2 esei terbaik akan memenangi sebuah buku RACUN DUNIA KISAH BENAR setiap pemenang.
Pertandingan ini terbuka kepada semua masyarakat malaysia. Esei pemenang akan disiarkan di blog ini untuk tatapan umum. tarik tutup penyertaan ialah 31 Disember 2008.
Keputusan pengadil adalah muktamad. sebarang bantahan tidak akan dilayan.
untuk pertanyaan lanjut letakkan sahaja komen anda di entri ini atau hubungi saya.

14.11.08

Kenangan kali pertama membuka booth Racun Dunia sendiri


ketika saya menyelak file-file gambar dalam komputer, saya terjumpa gambar semasa Yes Carnival pada 5 - 7 May 2008.
ini pengalaman pertama saya membuka booth jualan buku. walaupun tidak laris, tapi saya tetap gembira mendapat pengalaman baru. salah satu sebab kenapa jualan kurang laku ialah kerana kehadiran ke karnival itu sendiri adalah kurang. tambahan pula remaja2 zaman sekarang kurang yang berminat membaca buku, apatah lagi buku ilmiah. yang datang pon untuk menyertai aktiviti karnival... dan saya sibuk menjual topup yang merupakan produk sampingan di booth saya.

harapan jika ada lagi karnival2 sedemikian saya dapat menjual lebih banyak buku.


mungkin kerana kepenatan, saya kelihatan agak sugul...