19.10.08

berhenti menagih

selalunya apabila kita sebut berhenti menagih,
maka yang akan melayang di fikiran kita tentu sekali dadah.

tetapi, tahukah apakah ketagihan yang lebih teruk dari menagih dadah?
jawapan saya, menagih simpati.

menagih simpati pada pandangan saya sesuatu yang cukup hina.
mengapa saya berkata begitu?
kerana saya cukup bengang dengan artikel yang saya baca 2 minggu lepas,
tajuknya
"Pengemis ada RM9,786 dalam tangan"


Oleh Ainol Amriz Ismail

SEREMBAN 5 Okt. – Percaya atau tidak, seorang pengemis wanita yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan di sini baru-baru ini memiliki wang tunai di tangan sebanyak RM9,786.

Lebih memeranjatkan selepas diperiksa, akaun bank wanita berusia 64 tahun itu mempunyai simpanan RM15,000 hasil daripada kegiatan mengemis di bandar ini.

Pengarah JKM negeri, Mizan Maulud berkata, lebih 100 pengemis tempatan dan luar negara kini menjadikan Seremban sebagai lubuk rezeki.

‘‘Pengemis sengaja berperwatakan susah, kusut masai dan terencat akal ketika meminta sedekah. Ia topeng semata-mata untuk menarik simpati orang ramai sedangkan mereka tinggal di hotel,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, dalam operasi yang sama, anggotanya turut menahan seorang pengemis lelaki berusia 54 tahun dan terdapat wang tunai RM1,100 di tangannya.

Jabatan itu turut menahan empat pengemis Myanmar dan ketika ditahan ada di antara mereka sudah memperoleh pendapatan harian RM423.

‘‘JKM turut menahan beberapa pengemis dari China yang mampu memperoleh pendapatan RM300 sehari dan duduk di hotel,’’ katanya.

Menurutnya, pengemis dari Myanmar memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan datang ke negara ini menggunakan jalan darat.

Beliau berkata, pihaknya turut membongkar kegiatan sind**et menggunakan rakyat Thailand untuk mengemis di kawasan Nilai.

‘‘Pengemis Thailand lebih cerdik kerana menggunakan telefon bimbit dan berhubung dengan tekong untuk menyampaikan maklumat dan lokasi yang dianggap lumayan.

‘‘Ada yang datang memakai baju koyak, berselipar, menggunakan troli, menipu, merayu dan paling mendukacitakan mereka menggunakan kecacatan kaki, tangan sebagai tarikan simpati untuk mengemis,” kata beliau.

artikel diatas cukup untuk membuka mata rakyat malaysia betapa mereka ditipu oleh simpati mereka sendiri.

dalam situasi penagih dadah pula, jangan nak mengharap orang lain sahaja menyuruh anda berhenti menagih dadah. ini juga satu bentuk penagihan simpati. asyik nak mengharapkan kerajaan dan pihak2 lain datang membantu. walhal diri sendiri x ada usaha untuk mengelak dari ketagihan. mungkin kerana sikap suka menagih simpati inilah ramai penagih dadah kembali menagih setelah 'graduate' dari pusat serenti.
walhal diri sendiri juga yang kerugian.

ketagihan dadah mudah sahaja untuk dihentikan, kerana ianya tersasar pada golongan tertentu sahaja. tetapi, menagih simpati, suatu penyakit masyarakat yang sukar dibendung. tanpa jati diri yang kukuh, mudah sahaja kita meminta2 dengan orang lain, menagih simpati orang disekeliling.



ingatlah, sesungguhnya allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri.

No comments: