30.7.08

polis malaysia, terbaik dalam menangani penyeludupan dadah

kadang-kadang terfikir juga kenapa harga dadah di malaysia sgt tggi???
rupa-rupanya... mereka sangat susah nak membawa masuk dan mengedar dadah di malaysia.
syabas kepada pasukan polis malaysia.
namun begitu, isu dadah tetap juga tidak selesai sepenuhnya.
mengapa dadah terjual pada harga yang begitu tggi?

jawapan saya.... supply and demand.

apabila ade permintaan, maka akan ade bekalan. apabila permintaan tinggi, tetapi bekalan rendah, maka harga meningkat.
di malaysia, terdapat ramai penagih yang sentiasa mahukan bekalan dadah. tetapi, bekalan susah hendak sampai kepada mereka kerana banyak yang dirampas oleh pihak polis. maka pengedar-pengedar terpaksa menjual pada harga yang tinggi bagi menggandakan keuntungan mereka.

pelbagai gejala sosial dan perbuatan tidak bermoral timbul seiring dengan masalah dadah, termasuklah mat rempit, pelacuran, rompakan dan pembunuhan.

sebagai maklumat tambahan, menurut AKTA DADAH BERBAHAYA 1952(pindaan 1998), seksyen 39B, hukuman bagi mengedar dah ialah mati mandatori.

No comments: