21.1.08

LATAR BELAKANG PENULIS BUKU RACUN DUNIA

DON A.SAMAD.
Nama sebenarnya ialah Hamidon bin Abdul Samad. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah King GeorgeV Seremban sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Pentadbiran Awam di ITM(kini UiTM, Universiti Teknologi Mara) Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1974.
Menimba pengalaman kerja dalam bidang pentadbiran dan pemasaran di syarikat-syarikat terkemuka di Lembah Klang dan Sarawak. Pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Dato’ Presiden Persatuan Kawalan Keselamatan Malaysia dan Persatuan Bekas Parajurit Malaysia. Pernah juga menulis secara bebas (freelance writer) untuk akhbar tabloid Bacaria. Kini menjadi penulis buku dan penceramah bebas secara sepenuh masa dan memiliki syarikat penerbitan sendiri, PENERBITAN LAMAN NURANI. sekiranya anda mahu menemui penulis untuk membincangkan hal2 berkaitan dadah, rokok dan gejala sosial sila tinggalkan pesanan anda disini.

No comments: